Sunday 9 July 2017

SYABAS PASUKAN B12 PPD KUALA KRAI

SYABAS  ! Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak B12 PPD Kuala Krai kerana telah mendapat Naib Juara  dalam kejohanan bola sepak peringkat MSS Negeri Kelantan. Perlawanan berlansung pada 07 dan 08 Julai,bertempat di Padang SK Pahi , Kuala Krai.
     Pasukan B12 Kuala Krai  mara ke peringkat akhir setelah beraksi cemerlang dengan mencatatkan tiga kemengan dan sekali seri. Seri dengan wakil pasukan B12 jeli ( 2-2 ) , membelasah wakil PPD Kota Bharu Selatan ( 5-3 ), menang dengan wakil PPD Tanah merah ( 1-0 ) , di peringkat separuh akhir pula mencatatkan kemenangan ( 2-0 ) dengan wakil B-12 PPD Bachok. Dan akhirnya mara ke peringkat akhir bertemu dengan wakil B-12 PPD Tumpat. Tewas dengan jaringan ( 4-0 ), seterusnya dinobatkan sebagai naib Juara kejohanan edisi 2017.