Sunday 9 July 2017

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT ASRAMA MERIAH





CHUCHOH PUTERI 5 JULAI : Majlis sambutan Aidilfitri anjuran pemgurusan asrama di Dewan makan asrama di sini berlansung dengan suasana meriah dengan kehadiran lebih 100 tetamu. Turut hadir sama pimpinan setempat , Ydp PIBG berserta AJKnya,  Mantan Ydp PIBG En. Wan Musa Bin Wan Husein , Imam mukim ,Ust Mazlan Adam . Turut  hadir sama memeriahkan majlis Ketua PPD Kuala Krai , En Sazali Bin Ibrahim.
     Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada murid-murid asrama. Tuan KPPD juga tidak ketinggalan menghiburkan hadirin dengan nyanyian karoeke dua buah lagi.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah hari jadi kepada murid asrama dan juga hadiah pertandingan Dorm tercantik, majlis disempurnakan oleh En Sazali.

Diharapkan majlis-majlis  seumpama ini diadakan lagi bagi merapatkan lagi silaturrahim antara pihak sekolah dengan pimpinan setempat.