KEDUDUKAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri terletak di Kampung Chucoh Puteri B, yang berada di kawasan berbukit di daerah Kuala Krai, Kelantan. Sekolah ini terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Kuala Krai dan kira-kira 100 kilometer dari bandar Kota Bharu. Untuk sampai ke sekolah ini, anda perlu melalui lebuh raya Kuala Krai - Gua Musang dan melalui RPT Sungai Sok dan Kampung Lata Pauh. Jarak dari simpang lebuh raya Kuala Krai - Gua Musang ke SK Chuchoh Puteri sejauh 12 kilometer dan perlu mengambil masa 12 minit untuk sampai ke sekolah ini. Anda perlu mendaki kawasan bukit yang berliku untuk sampai ke sekolah ini. Oleh yang demikian, berhati-hatilah semasa memandu.