Thursday 17 November 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Murid-Murid Tahun 5

Perjumpaan Ibu Bapa Murid-Murid Tahun 5 diadakan pada 16 November 2016. Majlis ini dihadiri oleh semua ibu bapa da dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai.




Jamuan Akhir Tahun Bersama Marrybrown

Jamuan Akhir Tahun Bersama Marrybrown diadakan dengan meriah sekali. Pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak Marrybrown untuk murid-murid seperti acara sukaneka, persembahan dan bergambar bersama maskot Marrybrown.





Kejohanan Balapan dan Padang Tahun 2016

Kejohanan Balapan dan Padang Tahun 2016 diadakan pada 8 November 2016 dan 9 November 2016. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai.





Program Bubur Asyura

Program Bubur Asyura diadakan oleh Pengusaha Kantin Sekolah bersama-sama guru-guru. Sebanyak tiga kawah bubur asyura disediakan untuk murid-murid dan guru-guru.




Friday 7 October 2016

Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan

Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan diadakan pada 29 September 2016 untuk murid-murid Tahun 6 sebagai aktiviti selepas UPSR. Para pelajar didedahkan dengan teknik-teknik penyembelihan haiwan mengikut cara Islam.






Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2016

Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2016 diadakan pada 29 September 2016 khusus untuk murid-murid SK Chuchoh Puteri.





Sunday 4 September 2016

Majlis Restu Ilmu UPSR Tahun 2016

Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Perdana untuk calon-calon UPSR Tahun 2016 diadakan pada 4 September 2016. Semua ibu bapa murid-murid Tahun 6 hadir untuk bersama-sama dengan anak masing-masing sebagai tanda sokongan untuk kecemerlangan mereka.







Thursday 1 September 2016

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat SK Chuchoh Puteri

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat SK Chuchoh Puteri diadakan pada 1 September 2016. Majlis dimulai dengan perarakan murid-murid yang menunggang basikal dihiasi dengan kreatif menggunakan Jalur Gemilang. Aktiviti lain yang turut diadakan ialah pertandingan mewarna, persembahan murid-murid, pertunjukan pakaian kreatif dan pertandingan basikal tercantik. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah.










Saturday 20 August 2016

Penyampaian Sumbangan Zakat daripada Bank Rakyat Cawangan Kuala Krai.

Penyampaian sumbangan zakat daripada Bank Rakyat Cawangan Kuala Krai berjumlah RM5000 kepada 50 orang murid SK Chuchoh Puteri dalam majlis ringkas pada 21 Ogos  2016. Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh Encik Muhammad Suffian, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Krai.





Tuesday 2 August 2016

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2016

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 28 hingga 30 Julai 2016 di padang SKCP. Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian mewakili unit Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan PPIM. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mendidik murid-murid bagi membentuk jati diri dan amalan berdikari dalam kalangan mereka.








Wednesday 27 July 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 5

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 5 bersama guru besar dan PIBG diadakan pada 27 Julai 2016 di Bilik J-qaf SK Chuchoh Puteri pukul 12.00 tengah hari.Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2017. Alhamdulillah sambutan daripada pihak ibu bapa amat memberangsangkan.