Thursday 1 September 2016

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat SK Chuchoh Puteri

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat SK Chuchoh Puteri diadakan pada 1 September 2016. Majlis dimulai dengan perarakan murid-murid yang menunggang basikal dihiasi dengan kreatif menggunakan Jalur Gemilang. Aktiviti lain yang turut diadakan ialah pertandingan mewarna, persembahan murid-murid, pertunjukan pakaian kreatif dan pertandingan basikal tercantik. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah.