Tuesday 2 August 2016

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2016

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 28 hingga 30 Julai 2016 di padang SKCP. Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian mewakili unit Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan PPIM. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mendidik murid-murid bagi membentuk jati diri dan amalan berdikari dalam kalangan mereka.