Sunday 4 September 2016

Majlis Restu Ilmu UPSR Tahun 2016

Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Perdana untuk calon-calon UPSR Tahun 2016 diadakan pada 4 September 2016. Semua ibu bapa murid-murid Tahun 6 hadir untuk bersama-sama dengan anak masing-masing sebagai tanda sokongan untuk kecemerlangan mereka.







Thursday 1 September 2016

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat SK Chuchoh Puteri

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-59 Peringkat SK Chuchoh Puteri diadakan pada 1 September 2016. Majlis dimulai dengan perarakan murid-murid yang menunggang basikal dihiasi dengan kreatif menggunakan Jalur Gemilang. Aktiviti lain yang turut diadakan ialah pertandingan mewarna, persembahan murid-murid, pertunjukan pakaian kreatif dan pertandingan basikal tercantik. Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah.