Saturday 20 August 2016

Penyampaian Sumbangan Zakat daripada Bank Rakyat Cawangan Kuala Krai.

Penyampaian sumbangan zakat daripada Bank Rakyat Cawangan Kuala Krai berjumlah RM5000 kepada 50 orang murid SK Chuchoh Puteri dalam majlis ringkas pada 21 Ogos  2016. Majlis penyampaian ini disempurnakan oleh Encik Muhammad Suffian, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Krai.





Tuesday 2 August 2016

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2016

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2016 telah diadakan dengan jayanya pada 28 hingga 30 Julai 2016 di padang SKCP. Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian mewakili unit Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan PPIM. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mendidik murid-murid bagi membentuk jati diri dan amalan berdikari dalam kalangan mereka.