Wednesday 13 April 2016

Majlis Dialog Prestasi dan Solat Hajat Tahun 6

Majlis Dialog Prestasi dan Solat Hajat Tahun 6 telah diadakan pada 13 April 2016 bertempat di Dewan SKCP dan surau sekolah. Para ibu bapa memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis ini. Melalui dialog ini, ibu bapa diberikan peluang untuk bertanya tentang aktiviti dan program sekolah yang telah dan akan diadakan untuk anak-anak mereka. Keputusan murid-murid Tahun 6 ujian dalam Latihan Kemahiran 1 juga diserahkan kepada ibu bapa yang hadir.