Friday 29 April 2016

Kem Bestari Solat Siri 1 2016

Kem Bestari Solat siri 1 tahun 2016 telah diadakan di Dewan Terbuka SK Chuchoh Puteri melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 pada hari Jumaat, 29 April 2016. Majlis bermula pada pukul 7.45 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.


Wednesday 27 April 2016

Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk guru-guru SK Chuchoh Puteri telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKCP pada 27 April 2016 pukul 2.00 hingga 4.00 petang. Semua guru hadir untuk mendapatkan maklumat tentang PBPPP yang merupakan bentuk penilaian baharu bagi menggantikan LNPT sebelum ini. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil PPD Kuala Krai iaitu Encik Nik Rozman dan Encik Shamsulkamal.


Tuesday 26 April 2016

Program Membaca 1Malaysia '10 minit'

Program Membaca 1Malaysia '10 minit' diadakan serentak di semua sekolah seluruh negara pada 25 April 2016 pukul 11.00 hingga 11.10 pagi.


MTQ PPD KUALA KRAI TAHUN 2016

TAHNIAH adik Che Aisyah Alisa binti Che Mohd Lazin dari kelas 2 Genius, Naib Johan Pertandingan Bercerita Kisah Al-Quran utk Sekolah Rendah Peringkat PPD Kuala Krai yang diadakan di SMK Bandar Kuala Krai pada 25 April 2016.


Tuesday 19 April 2016

Penutupan Sekolah Bagi Maksud Cuaca Panas

Penutupan sekolah bagi maksud cuaca panas di semua sekolah di Kuala Krai pada 20 April 2016 hingga 21 April 2016 ( 2 hari). Semua murid tidak perlu hadir tetapi semua guru dan AKP bertugas seperti biasa. Ibubapa diharap dapat mengambil maklum akan perkara ini. Berikut disertakan surat arahan daripada pihak KPM.



Wednesday 13 April 2016

Majlis Dialog Prestasi dan Solat Hajat Tahun 6

Majlis Dialog Prestasi dan Solat Hajat Tahun 6 telah diadakan pada 13 April 2016 bertempat di Dewan SKCP dan surau sekolah. Para ibu bapa memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis ini. Melalui dialog ini, ibu bapa diberikan peluang untuk bertanya tentang aktiviti dan program sekolah yang telah dan akan diadakan untuk anak-anak mereka. Keputusan murid-murid Tahun 6 ujian dalam Latihan Kemahiran 1 juga diserahkan kepada ibu bapa yang hadir.


Sunday 3 April 2016

Ceramah dan Pameran Anti Dadah

Ceramah dan pameran anti dadah telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri pada 4 April 2016 jam 10.30 pagi.Ceramah telah disampaikan oleh Puan Siti Mahani bin Hasmadi, pegawai daripada AADK cawangan Kuala Krai.Selain itu, murid-murid juga berkesempatan melihat sudut pameran sempena dengan gejala penagihan dadah.