Sunday 27 March 2016

Kem "Gegar GPS Petra Puteri"

Alhamdulillah, telah terlaksananya program kedua tahun 2016 khusus untuk murid-murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini dijalankan secara kolaborasi antara SK Chuchoh Puteri dan SK Sultan Yahya Petra (1) pada 24 - 26 Mac 2016. Program ini berbeza dengan program yang diadakan sebelum ini kerana kali ini murid-murid yang agak lemah menjadi tumpuan dengan hasrat untuk meningkatkan motivasi mereka sebelum menghadapi UPSR. Seramai 52 orang murid menjadi peserta iaitu 27 orang dari SKCP manakala 25 orang dari SKSYP (1). Antara aktiviti utama yang diadakan ialah bengkel-bengkel mata pelajaran dan LDK yang dikendalikan oleh para fasilitator dari kedua-dua buah sekolah. Kem ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Roznan bin Mohd Noor (Guru Besar SKSYP1) dan Encik Hawari bin Hasan (Guru Besar SKCP) manakala acara perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Mamat, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai.