Sunday 27 March 2016

Kem "Gegar GPS Petra Puteri"

Alhamdulillah, telah terlaksananya program kedua tahun 2016 khusus untuk murid-murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini dijalankan secara kolaborasi antara SK Chuchoh Puteri dan SK Sultan Yahya Petra (1) pada 24 - 26 Mac 2016. Program ini berbeza dengan program yang diadakan sebelum ini kerana kali ini murid-murid yang agak lemah menjadi tumpuan dengan hasrat untuk meningkatkan motivasi mereka sebelum menghadapi UPSR. Seramai 52 orang murid menjadi peserta iaitu 27 orang dari SKCP manakala 25 orang dari SKSYP (1). Antara aktiviti utama yang diadakan ialah bengkel-bengkel mata pelajaran dan LDK yang dikendalikan oleh para fasilitator dari kedua-dua buah sekolah. Kem ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Roznan bin Mohd Noor (Guru Besar SKSYP1) dan Encik Hawari bin Hasan (Guru Besar SKCP) manakala acara perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Mamat, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai.






Sunday 13 March 2016

Kem KotaPuteri 2016

Guru-guru SK Chuchoh Puteri dan SK Kota telah bergabung tenaga menjayakan Kem KotaPuteri pada 10 hingga 12 Mac 2016 melibatkan 31 orang calon UPSR dari SKCP dan 29 orang calon UPSR dari SK Kota. Semua peserta yang mengambil bahagian menginap di Asrama Desa SKCP bersama fasilitator yang dilantik. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk meningkatkan motivasi calon-calon disamping mendedahkan teknik-teknik menjawab format baharu UPSR. Encik Hawari bin Hasan (GB SKCP) dan Encik Mohd Zaidi bin Hj.Yusof (GB SK Kota) turut hadir memberikan sokongan kepada peserta. Perasmian penutup kem ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Mamat, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai pada 12 Mac 2016.


Tuesday 8 March 2016

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 & Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2016


2 Mac 2016 - Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri kali ke-34 dan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan tahun 2016 di adakan di dewan sekolah. Mesyuarat Agung PIBG dirasmikan oleh Encik Nik Rozman bin Nik Yaacob dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai manakala Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan disempurnakan oleh Encik Amaran bin Musa. Seramai 255 orang murid menerima sumbangan RM100.00 yang dipilih dalam kalangan ibu bapa yang berpendapatan RM 3000.00 ke bawah.





Monday 7 March 2016

PERINGATAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 DAN 2018


Pendaftaran Murid Tahun 1  bagi sesi persekolahan tahun 2017 dan 2018. Jika tuan / puan masih lagi belum mendaftar persekolahan anak-anak untuk memasuki  tahun 1 pada tahun 2017 dan 2018, bolehlah berbuat demikian di pejabat Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri pada 01 Mac 2016 hingga 31 Mac 2016.

Sesi 2017

Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011

Sesi 2018

Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012

Dokumen diperlukan

·  Kad Pengenalan Ibu, Bapa/Penjaga (salinan disahkan)
·  Sijil lahir/MyKid Kanak-kanak (salinan disahkan)
·  Penyata Gaji (salinan) – jika perlu
·  Bil air/elektrik/Astro (tertera alamat kediaman)