Friday 29 January 2016

Kem Kepimpinan Pelajar Tahun 2016



Kem Kepimpinan Pelajar SK Chuchoh Puteri telah diadakan dengan jayanya pada 21 - 22 Januari 2016. Kem ini disertai oleh seramai 110 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan ketua serta penolong ketua darjah. Antara aktiviti yang turut diadakan ialah ceramah kesedaran oleh pegawai daripada Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.