Sunday 31 January 2016

Lawatan Kolaborasi dan Benchmark Abad Ke-21 ke SK Kota



Program Lawatan Kolaborasi dan Benchmark Abad ke-21 ke Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bharu telah diadakan oleh beberapa orang guru dari Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri pada 28 Januari 2016. Program lawatan ini diketuai oleh Encik Hawari bin Hasan, Guru Besar SKCP bertujuan sebagai penanda aras untuk mewujudkan kelas Abad 21 yang lebih kondusif. Disamping itu, satu perbincangan diadakan antara kedua-dua pihak bagi menjalinkan kerjasama untuk mengadakan kem kecemerlangan UPSR (Kem KotaPuteri" di SK Chuchoh Puteri yang melibatkan murid dari kedua-dua sekolah.




Friday 29 January 2016

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Murid





Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT, PRS, Ketua serta Penolong Ketua Darjah telah disempurnakan oleh Pegawai daripada Balai Polis Daerah Kuala Krai. Majlis ini berlangsung pada 24 Januari 2016 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri.

Kem Kepimpinan Pelajar Tahun 2016



Kem Kepimpinan Pelajar SK Chuchoh Puteri telah diadakan dengan jayanya pada 21 - 22 Januari 2016. Kem ini disertai oleh seramai 110 orang pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan ketua serta penolong ketua darjah. Antara aktiviti yang turut diadakan ialah ceramah kesedaran oleh pegawai daripada Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.

Mesyuarat Guru-Guru SK Chuchoh Puteri Bil. 1 / 2016.


Kepada semua guru SKCP.

Sukacita dimaklumkan bahawa satu menyuarat guru kali pertama akan diadakan pada 27 Disember 2015 bagi membuat persiapan bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2016. Semua ahli SK Chuchoh Puteri diwajibkan hadir. Guru-guru kelas pula perlu menyemak segala kelengkapan kelas masing-masing dan laporkan kepada pihak pentadbir sekiranya menghadapi masalah. Jamuan tengah hari turut disediakan selepas mesyuarat berlangsung. Sila muat turun surat panggilan mesyuarat di sini.

Klik di sini

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Sekolah Bil.1/2016


Kepada semua Ahli Jawatankuasa Perancang Sekolah.

Sukacita dimaklumkan bahawa satu menyuarat Ahli Jawatankuasa Perancang Sekolah akan diadakan pada 21 Disember 2015 bagi membincangkan persediaan dan perancangan Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri bagi menghadapi sesi persekolahan tahun 2016. Semua ahli jawatankuasa yang dilantik diwajibkan hadir dan kerjasama tuan / puan amat diharapkan bagi membincangkan perkara ini. Sila muat turun surat panggilan mesyuarat di sini.

Klik di sini