Wednesday 27 July 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 5

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 5 bersama guru besar dan PIBG diadakan pada 27 Julai 2016 di Bilik J-qaf SK Chuchoh Puteri pukul 12.00 tengah hari.Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan persediaan menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2017. Alhamdulillah sambutan daripada pihak ibu bapa amat memberangsangkan.






Pertandingan Pergerakan Kreatif Peringkat PPD Kuala Krai.

Pertandingan Pergerakan Kreatif Peringkat PPD Kuala Krai diadakan dengan jayanya pada 27 Julai 2016 di Dewan SMK Bandar, Kuala Krai. Pertandingan anjuran Panitia Pendidikan Jasmani, PPD Kuala Krai ini julung-julung kali diadakan di negeri Kelantan ini. SK Chuchoh Puteri turut menghantar peserta bagi pertandingan ini.Walaupun tidak mendapat keputusan yang baik, namun penyertaan ini amat berguna bagi mencungkil bakat dalam kalangan murid-murid.




Wednesday 20 July 2016

Program Cakna Linus Bersama Ibu Bapa 2016

Program Cakna Linus Bersama Ibu Bapa Tahun 2016 diadakan pada 20 Julai 2016 jam 12.00 tengah hari. Semua ibu bapa murid tahun 3 yang tidak melepasi Saringan 1 diberi taklimat oleh Encik Ab.Rahman bin Mohd Razali, pegawai Fasilinus PPD Kuala Krai.






Friday 15 July 2016

Kem Kecemerlangan UPSR 2016 di Sudara Beach Resort.

Kem Kecemerlangan UPSR 2016 di Sudara Beach Resort, Bachok diadakan pada 14 hingga 16 Julai 2016.Kem ini
disertai oleh semua murid Tahun 6 selama 3 hari 2 malam. Bengkel-bengkel mata pelajaran diadakan sepanjang kem ini berlangsung dengan penceramah dari sekitar daerah Bachok dan Kota Bharu. Perasmian penutup kem ini disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Mamat, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai.







Tuesday 12 July 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 di Dewan Seri Puteri diadakan pada 11 Julai 2016. Pelbagai juadah dibawa oleh murid-murid yang disediakan oleh ibu bapa masing-masing turut memeriahkan sambutan. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan oleh murid-murid.