Monday 16 May 2016

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SKCP Tahun 2016

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Chuchoh Puteri diadakan dengan cukup meriah pada 16 Mei 2016. Semua guru termasuk guru KAFA telah diraikan dengan pelbagai acara menarik seperti perlawanan bola tampar, persembahan murid, pertukaran hadiah dan jamuan hari guru. Walaupun majlis ini diadakan secara sederhana namun masih dalam suasana yang meriah.SELAMAT HARI GURU.





Friday 13 May 2016

Kem Kecemerlangan Jawi SK Chuchoh Puteri

Kem Kecemerlangan Jawi anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah diadakan di sekolah ini pada 13 Mei 2016. Program ini bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 160 orang murid telah menyertai program ini.






Kem Hijrah Kasih UPSR 2016

Pihak sekolah bersama-sama dengan asrama SK Chuchoh Puteri sekali lagi mengadakan program motivasi untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Kem Hijrah Kasih UPSR 2016 ini telah diadakan di pada 13 Mei 2016 di asrama SKCP. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua murid tahun 6 telah menyertai program ini.





LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT.

Latihan Kebakaran diadakan di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri bersama pihak bomba pada 10 Mei 2016. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.







Thursday 5 May 2016

Sambutan Isra' Mikraj berserta Perasmian Penutupan Minggu Panitia Pendidikan Islam

Majlis Sambutan Isra' Mikraj berserta Perasmian Penutupan Minggu Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di SK Chuchoh Puteri pada 5 Mei 2016. Ceramah Isra' Mikraj disampaikan oleh ustaz dari SK Dabong, Kuala Krai.