Thursday 18 February 2016

Lawatan Kolaborasi Rombongan SK Kota ke SK Chuchoh Puteri


18 Februari 2016 - Warga SK Chuchoh Puteri telah menerima kunjungan rombongan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Kota, Kota Bharu yang diketuai oleh GPK Pentadbiran sekolah tersebut. Lawatan ini diadakan bagi membuat persiapan bagi mengadakan 'Kem KotaPutri' yang melibatkan murid-murid UPSR dari kedua-dua sekolah. Semua murid yang terlibat akan menginap di asrama SK Chuchoh Puteri dan akan mengikuti bengkel-bengkel mata pelajaran yang telah diatur bersama oleh kedua-dua pihak.

Wednesday 17 February 2016

Pemilihan Pasukan Balapan dan Padang Zon 3



Pasukan balapan dan padang SK Chuchoh Puteri telah menghantar enam orang atlet bagi pemilihan pasukan MSS Zon 3 ke peringkat MSSD Kuala Krai. Pemilihan ini diadakan bertempat di padang SMK Mengkebang pada 17 Februari 2016. Atlet-atlet yang terlibat adalah seperti yang berikut :

1. Muhamad Amirul Haikal ( 100m dan 200m)
2. Muhamad Syafiq Hilman ( Lompat jauh )
3. Muamad Amirul Aiman bin Daud (Lontar peluru)
4. Ros Emeyza binti Zulkifli (Lontar peluru)
5. Norsyuhada binti Mohd Zain (100m dan 200m)
6. Nor Azma Adila binti Abdullah (100m dan 200m)

KEPUTUSAN :

3 EMAS ( Nor Azma Adila binti Abdullah - 100m, 200m dan Muhamad Amirul Haikal - 200m)
2 PERAK ( Muhamad Amirul Haikal - 100m dan Norsyuhada binti Mohd Zain - 200m)
1 GANGSA ( Ros Emeyza binti Zulkifli - Lontar peluru )


Monday 15 February 2016

Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6



Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 6 bersama-sama guru dan pihak pentadbir sekolah telah diadakan pada 15 Februari 2016 bertempat di Dewan SKCP jam 12.00 tengah hari. Kehadiran ibu bapa hampir mencapai 100 peratus membuktikan komitmen mereka demi kejayaan anak masing-masing. Perjumpaan ini diadakan khusus bagi menyampaikan taklimat berkaitan program yang bakal diadakan untuk calon-calon UPSR 2016. Acara turut disertakan dengan lafaz ikrar kecemerlangan daripada calon-calon UPSR.

Sunday 14 February 2016

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kuala Krai


Pasukan sepak takraw SK Chuchoh Puteri menyertai Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kuala Krai yang diadakan di Dewan SMK Teknik Kuala Krai pada 14 Februari 2016. Pasukan sekolah yang dibimbing oleh Cikgu Azman telah berjaya meneruskan kemaraan sehingga ke peringkat suku akhir. Tahniah kepada semua peserta dan jurulatih.

Happy Birthday Cikgu Maziani & Cikgu Norrehan ( JANUARI )


Selamat hari jadi untuk Cikgu Maziani dan Cikgu Norrehan yang menyambut hari kelahiran pada bulan Januari. Program sambutan hari jadi diadakan secara bulanan oleh Kelab Bilik Guru SKCP secara ringkas selepas waktu perhimpunan sekolah.

Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS)


Murid-murid SK Chuchoh Puteri yang mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) sedang mengambil sarapan pagi dengan dipantau oleh guru-guru yang bertugas serta Encik Hawari bin Hasan, Guru Besar SKCP. Seramai 143 orang murid yang terdiri daripada murid-murid kategori miskin telah terpilih untuk menerima bantuan tersebut. Murid-murid dihidangkan dengan menu yang berbeza pada setiap hari di kantin sekolah.

Thursday 4 February 2016

Pertandingan Bola Jaring MSSD Kuala Krai



Pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri telah mengambil bahagian dalam kejohanan bola jaring peringkat MSSD Kuala Krai pada 04 Februari 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok. Pasukan ini dilatih oleh Ustazah Noraini, Ustazah Nor Hazilah dan Puan Norrehan. Berikut ialah keputusan-keputusan perlawanan yang telah berlangsung.

SKCP vs SK SUNGAI PAS   ( 3 - 1 )
SKCP vs SK PAHI                 ( 7 - 0 )
SKCP vs SK TELEKONG    ( 1 - 4 ) 

Kejohanan Merentas Desa MSS Kelantan 2016






Adik Norshuhada binti Mohd Zain dari kelas Tahun 5 Genius menjadi antara atlet yang telah mewakili PPD Kuala Krai ke Kejohanan Merentas Desa MSS Kelantan pada 04 Februari 2016 bertempat di SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh. Kejohanan ini menjadi pengalaman yang sangat berharga kepadanya sebagai peserta yang berjaya ke peringkat negeri. Tahniah kepada adik Norsuhada dan juga guru pengiring, Puan Kasma binti Abd.Rashid.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Chuchoh Puteri


Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Januari 2016. Kejohanan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SKCP ini secara langsung dapat mencungkil bakat dalam kalangan murid-murid, khususnya dalam acara olahraga. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 mengambil bahagian dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh. Pihak komuniti dan ibu bapa juga turut memberikan kerjasama yang jitu untuk membantu menjayakan kejohanan ini.

Tuesday 2 February 2016

Kejohanan Bola Baling MSSD Kuala Krai




Kejohanan bola baling peringkat MSSD Kuala Krai telah diadakan pada 31 Januari 2016 hingga 01 Februari 2016 bertempat di SK Mengkebang. Pasukan bola baling SK Chuchoh Puteri turut menghantar penyertaan dalam kedua-dua kategori lelaki dan perempuan melibatkan 24 orang pemain di bawah kendalian jurulatih Cikgu Mohd Ruslan dan Cikgu Kamarulhakim. Walaupun pencapaian mereka hanya di peringkat kumpulan namun semangat yang ditunjukkan oleh para pemain sangat membanggakan. Usaha ini juga menjadi pencetus untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan bola baling.